Sempena minggu Valentine ini dan Valentine bukan sahaja untuk sepasang kekasih tetapi ia juga merujuk kepada segala bentuk cinta, jadi seharusnya kita juga mencintai Bahasa Ibunda Kita iaitu Bahasa Malaysia.
Sukar untuk saya menyatakan isi hati ini tetapi akan di usahakan sehabis baiknya. Seperti hari-hari yang lalu, kerja pejabat tidak sesibuk mana. Saya masih mampu untuk pergi melayari internet dan pada masa yang sama menyiapkan kerja pejabat. Inilah karenah pekerja zaman IT kini: jam bekerja di isi dengan sepenuhnya. Otak ini kosong namun jari jemari mempunyai akalnya sendiri. Sepuluh jari ini masih ingin mengetuk papan kekunci.
Biarlah saya mengakhiri catatan ini dengan pantun karangan sendiri, jika diteruskan pasti otak menjadi tidak keruan:-
Bahasa Malaysia Bahasa Kita,
Gunakan lah dengan Penuh Cinta,
Jangan Malu dan Janganlah Berpura-pura,
Bahasa Malaysia ada KeIstimewaannya...
Biarlah saya mengakhiri catatan ini dengan pantun karangan sendiri, jika diteruskan pasti otak menjadi tidak keruan:-
Bahasa Malaysia Bahasa Kita,
Gunakan lah dengan Penuh Cinta,
Jangan Malu dan Janganlah Berpura-pura,
Bahasa Malaysia ada KeIstimewaannya...
Comments